Jumaat, 18 Oktober 2013

TUAN HJ. ISMAIL BIN HJ. AHMAD




Herba penawar Alwahida atau lebih dikenali dengan HPA. HPA industries Sdn. Bhd  mula ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA ini diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis. Pada tahun 1987 bulan September syarikat ini secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang. Barulah syarikat HPA ini ditubuhkan secara besar-besaran.  

Pengalaman HPA merupakan kunci kejayaan kepada syarikat HPA yang mana membolehkan syarikat ini bertahan sehingga kini. Perniagaan HPA merupakan  satu cabang perniagaan yang berpontensi untuk mencapai kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja menlakukan urusan perniagaan semata-mata malahan turut menyumbang peluang pekerjaan dan mempekenalkan kegunaaan perubatan herba kepada masyarakat umum.


Faktor kejayaan HPA ini adalah disebabkan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1. Sementara Pengarah Urusan II adalah isteri beliau sendiri iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad.



Antara Produk Keluaran HPA



Minyak But- but - Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya. Kelebihan Minyak But-But adalah seperti berikut:-



Untuk Patah Tulang.
Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Buasir.
Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh atau Stroke.
Panaskan minyak sedikit dan sapukan pada bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.

Untuk Urut.
Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan Serangga.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.


Luka Kecil-Kecil.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.
Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.

Cirit-Birit.
Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung Perut.
Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.

Asma.
Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.

Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.
Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.
Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

Lemah Tenaga Batin.
Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.

Wanita Menopouse.
Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami




Kopi  Radix




Berikut disenaraikan antara kebaikan yang boleh diperolehi dari pengamalan meminum kopi radix:
1. Sumber tenaga segera (instant energy)
2. Mencuci colon
3. Mencegah kanser payudara
4. Merawat asma
5. Memecahkan batu dalam ginjal
6. Menguatkan jantung
7. Merawat kencing manis
8. Menghilangkan ketagihan merokok
9. Merawat libido/lumbago
          10.Antitumor





Tiada ulasan:

Catat Ulasan